Wednesday, December 24, 2014

Tips: Steps by Steps Bagaimana Menyapu Foundation secara Flawless Menggunakan Span?

Saya banyak juga terima soalan dari customer tentang teknik yang betul untuk apply foundation bagi nampak perfectly flawless & tahan lama.

Tapi tahukah anda, penggunaan jenis span juga mempengaruhi hasil make up anda? Banyak expert prefer guna brush sebenarnya, tp saya personally lagi suka guna span foundation :)

Span foundation yang saya gunakan adalah from brand MEIKO Japan. Span ni bagi saya mmg worth dengan harga, sebab span ni boleh tahan guna setahun lebih tanpa koyak/rosak. Hasil guna foundation dengan span ni memang terbaik! Pemilihan span juga memang sgt penting, jika anda menggunakan span jenis lain, make sure anda gunakan span yang masih elok & xkoyak. Sebab span yang rosak akan menghasilkan foundation yang flacky & xrata.

Pelbagai jenis span foundation di pasaran, tapi span foundation yang berkualiti memberi hasil yang terbaik


Untuk mendapatkan foundation yang flawless, anda perlukan:
  • Foundation sponge - recommended guna MEIKO Foundation Sponge
  • Foundation - Naturactor Cover Face/ Octard/ MCCT atau any foundation yang anda guna
  • Loose Powder sebagai finishing powder - tak wajib tapi highly recommended

Cara penggunaan:
  • Cuci muka. Pastikan muka anda bersih dari sebarang kotoran
  • Jika anda menggunakan moisturizer, apply moisturizer dahulu
  • Basahkan span foundation. Sapu sedikit pada foundation & apply pada kawasan yang ada cela dahulu contohnya seperti eyebag (lingkaran gelap bawah mata), jerawat, jeragat. Concentrate pada kawasan ini dahulu
  • Apabila cela sudah cover, apply pada kawasan yang lain pula. Ratakan dengan nipis foundation tadi.
  • Sebagai finishing, boleh apply loose powder pada seluruh muka untuk dapatkan make up yang lebih gebu.

EXTRA: Apabila muka anda berpeluh, JANGAN sesekali lap muka anda dengan tisu! Sebaiknya cuma touch up dengan compact powder shj. Ini dapat memastikan make up anda tahan lebih lama :)

Harap tips ringkas ini dapat membantu! Ini cara saya, anda pula bagaimana? ;)

No comments:

Post a Comment