Selepas beberapa ketika blog ini "sunyi" tanpa update
Bila kita katakan mengenai pembersihan alatan make up, saya pasti ramai antara kita mungkin memandang ringan perkara ini. Percayalah, memang SANGAT penting untuk membersihkan alatan make up anda frequently. Alatan make up yang kurang bersih menyebabkan jangkitan bakteria pada kulit anda -- penyebab masalah jerawat dan sebagainya!
Percaya atau tidak, walaupun kita dalam era serba canggih, masih BELUM ada alatan khas yang dicipta utk membersihkan alatan make up dengan mudah. Anda masih perlu melakukannya secara MANUAL. Sedih kan? :( Tapi takpe, saya akan share beberapa tips untuk membersihkan alatan make up anda dengan MUDAH!
SPAN MAKE UP
1. Basah. Basahkan span make up anda dengan air suam.
2. Basuh. Gunakan beberapa titik baby shampoo & basuh span make up anda. Pastikan kesan2 foundation tertanggal dengan bersih.
3. Bilas. Bilas sehingga bersih.
4. Kering. Keringkan span tersebut dengan menggunakan tuala bersih. Jika anda mahu, boleh biarkan sehingga kering.
5. Ulang. Span make up hendaklah dibersihkan sekurang2nya sekali dalam masa 2 minggu atau apabila ia kelihatan tidak bersih. Pembersihan secara berkala boleh menjamin kebersihan span.
BERUS MAKE UP
1. Basah. Bersihkan berus dengan air mengalir ke bawah kerana jika tidak, ia boleh merosakkan berus anda.
2. Bersih. Bersihkan berus dengan menggunakan baby shampoo. Bilas & ulang sehingga berus betul2 bersih.
3. Menyahkuman. Bila berus anda telah bersih, sekarang anda boleh menyahkuman. Campurkan 2 bahagian air & 1 bahagian cuka ke dalam bekas. Rendamkan berus ke dalam bekas dalam 1-2 minit. Bilas dengan air bersih.
4. Kering. Keringkan dengan tuala bersih & biarkan semalaman untuk kering. Pastikan berus lay flat atas tuala.
5. Ulang. Berus make up hendaklah dibersihkan sekurang2nya sekali seminggu. Pembersihkan secara berkala boleh menjaga kebersihan span.
BERUS RAMBUT
1. Persediaan. Buang sisa rambut yang ada melekat pada berus rambut anda. Gunakan sikat rambut atau pencungkil gigi jika perlu.
2. Rendam. Rendamkan ke dalam bekas yang berisi air & campur beberapa titik baby shampoo. Jika berus rambut anda dari plastik boleh rendam sepenuhnya, jika mengandungi fabrik, rendam bahagian berus sahaja.
3. Scrub. Untuk pembersihan yang lebih baik, gunakan berus gigi yang lama (tak guna lagi) kemudian gosokkan pada bahagian berus. Ulang sehingga bersih.
4. Kering. Kering & letakkan atas tuala bersih. Pastikan bahagian berus mengadap tuala untuk memastikan air jatuh ke atas tuala. Biarkan semalaman.
5. Ulang. Berus rambut hendaklan dicuci sekurang2nya sekali sebulan. Pembersihan secara berkala boleh menjaga kebersihan berus.
ALATAN BESI (METAL TOOLS)
1. Basuh. Untuk alatan besi, basuh dengan air bersih & sabun antibakteria.
2. Bersih. Bersihkan menggunakan alkohol . Jika alatan tersebut akan digunakan pada muka anda, boleh bersihkan dengan air bersih. Jika tidak, tidak perlu.
3. Ulang. Alatan besi hendaklan dicuci sekurang2nya 2 kali sebulan. Pembersihan secara berkala boleh menjaga kebersihan alatan besi.
Berminat utk order any MEIKO Product ORIGINAL FROM JAPAN?
To order: SMS/WHATSAPP 0133986129
Email: zunitaramli@gmail.com
Facebook: facebook.com/naturactorcollectionspage
Instagram: @elegancecosmetics
Sumber asal: Makeup.com
wah tips yg bagus
ReplyDelete