Friday, September 30, 2011

Keputusan "REVIEW CONTEST"

Seperti mana yg semua maklum, Naturactor Collections telah menganjurkan pertandingan "REVIEW CONTEST" dimana peserta2 yg join perlu membuat review ttg apa2 saja produk yg dibeli dari pihak Naturactor Collections.

Alhamdulillah, setelah sebulan lebih pertandingan dijalankan, pertandingan telah tamat secara rasmi pada 28 Oktober 2011 lepas, iaitu pada hari Rabu.

Pemenang pertandingan adalah seperti berikut;

PEMENANG BAGI HADIAH UTAMA : SALHAH BT SUHOT


Beliau telah memilih 5 PRODUK NATURACTOR seperti berikut;
i. Naturactor Hair Oil
ii. Naturactor Summer Cake
iii. Naturactor Pressed Powder
iv. Naturactor Night Cream
v. Naturactor Mosit Skin Cream


4 PEMENANG BERTUAH:
Tiap seorang akan menerima SATU barangan Naturactor mengikut pilihan masing2

1 - NOR KATRINA ANIS : Naturactor Summer Cake



2 - AKMAL HIDAYAH AZALAN : Naturactor Moist Skin Cream



3 - AISHAH KAMALUDIN : Naturactor Silky Lucent Powder



4 - UMI NASUHA : Naturactor Pressed Powder




Tahniah sekali lagi kepada semua pemenang.. Dan terima kasih atas sokongan anda pada Naturactor Collections! :)


Announcement

Salam semua,

Utk makluman, stok yg tinggal hanya

Cover face 130 - 1 unit
Cover face 171 - 1 unit
Pressed powder 451 - 2 unit
Summer cake 650 - 1 unit

So sape2 yg berminat nk dptkan naturactor,boleh dptkan SEKARANG sbb stok mmg betul2 terhad!! Saya hanya akan restock SELEPAS 22 Oktober 2011.. Kesulitan amat saya kesali..


 Untuk order, boleh emailkan ke zunitaramli@gmail.com

Tuesday, September 27, 2011

Limited Stock Products

SERUZAD C1 Cleansing Oil (Make Up Remover), 30ml

SOLD OUT!!

RM 20*
*harga tidak termasuk postage

-Make Up Remover terbaik dari Meiko

100% ORIGINAL, MADE IN JAPAN

SERUZAD C1 Cleansing Oil (Make Up Remover), 30ml

SOLD OUT!!
RM 20*
*harga tidak termasuk postage

-Make Up Remover terbaik dari Meiko

100% ORIGINAL, MADE IN JAPAN

URB LIFE Shampoo, 50ml
URB LIFE Hair Pack, 30g

1 set available

RM 20* (utk 1 set shampoo dan conditioner)

*tidak termasuk postage

-Produk penjagaan rambut dari Meiko Cosmetics
-DIperbuat drp bahan2 semulajadi (9 jenis tumbuhan)

100% ORIGINAL, MADE IN JAPAN
URB LIFE Shampoo, 50ml
URB LIFE Hair Pack, 30g

1 set available

RM 20* (utk 1 set shampoo dan conditioner)
*tidak termasuk postage

-Produk penjagaan rambut dari Meiko Cosmetics
-DIperbuat drp bahan2 semulajadi (9 jenis tumbuhan)

100% ORIGINAL, MADE IN JAPAN

Offer selagi stok masih ada. Untuk order, emailkan order anda ke zunitaramli@gmail.com

Saturday, September 24, 2011

Produk penjagaan rambut dari Meiko

PRE-ORDER REQIIRED
URB LIFE Shampoo, 330ml
RM 50*
*tidak termasuk postage


PRE-ORDER REQIIRED
URB LIFE Hair Pack (Conditioner), 200g
RM 50*
*tidak termasuk postage

Ini adalah 9 jenis herba ramuan utama URB Shampoo dan Conditioner dari Meiko Cosmetics


Kelebihan shampoo dan conditioner URB LIFE:
-Produk kecantikan rambut terbaik dari Meiko
-Dibuat drp 9 herba terpilih utk jadikan rambut lebih sihat dan bersinar
-Melembabkan dan menyuburkan rambut
-"Pearl-like" gloss shine hair


SEKARANG NATURACTOR COLLECTIONS OFFERS TRIAL SET,
URB LIFE Shampoo (30ml) + Hair Pack (30g)
RM20* shj!!
*xtermasuk postage


CLEARANCE STOCK SALE!!

SOLD OUT!!
SKII Facial Treatment Cleanser

NORMAL PRICE: RM 45
NOW: RM 30* ONLY!!
*Tidak termasuk postage

100% original, made in Japan



SOLD OUT!!
SKII Eye Treatment Film

NORMAL PRICE: RM 32
NOW: RM 10* ONLY!!
*Tidak termasuk postage

100% original, Made in Japan
SKII Facial Treatment Mask x1 (2 pieces available)

NORMAL PRICE: RM 50
NOW: RM 35* ONLY!!
*Tidak termasuk postage

100% Original, made in Japan
SOLD OUT!!
MISSHA Real Signature BB Cream #23

NORMAL PRICE: RM 93
NOW: RM 80*
*Tidak termasuk postage

100% original, made in Korea
MISSHA Cleansing Cream/ Make Up Remover Tissue (1 available)

NORMAL PRICE: RM 10
NOW: RM 5* ONLY!!
*Tidak termasuk postage

100% Original, Made in Korea

CLEARANCE STOCK SALE!*
Utk order, email ke: zunitaramli@gmail.com

*Sah sehingga stok masih ada. Semua produk akan dipos pada 4 OKTOBER 2011 SAHAJA. Pembayaran hendaklah dilakukan SEBELUM 2 OKTOBER 2011. Terima kasih dan selamat ber"shopping"! :)

Friday, September 23, 2011

Announcement

Salam semua,

Atas sebab2 yang tak dapat dielakkan, tarikh tutup penyertaan utk "REVIEW CONTEST" akan dipercepatkan ke 28 SEPTEMBER 2011 (Rabu). Jadi, pada yang ingin sertai contest ni, masih ada masa lagi utk anda, dan pada yg dah join, thank you so much dan tunggu keputusannya ya~ :)

Kepada yang berminat utk join, boleh klik link ini: http://naturactorcollections-zunitaramli.blogspot.com/2011/07/contest-dari-make-up-collections.html

Thank you and have a nice day~

Wednesday, September 21, 2011

Naturactor Hair Oil Review

Hari ni nk review pasal this one product, also from naturactor :) As most of us know, Naturactor product mmg terkenal dgn kualiti produk yg teramat bagus, baik dari segi produk make up - cover face, loose powder, compact powder, etc sampai lah ke produk penjagaan muka seperti pencuci muka, toner, night cream dan juga pelengkap wajah - lipstick dan eye shadow. Tapi jarang sekali antara kita mengambil berat tentang penjagaan rambut, mungkin sbb ramai yg pakai tudung, atau mmg kurang kesedaran utk menjaga kesihatan rambut ni..

Naturactor Hair Oil


Naturactor Hair Oil ni diperbuat daripada bahan2 semulajadi yang saaaaaaaangat berguna untuk tumbesaran rambut yang sihat. Bahan UTAMA Naturactor Hair Oil ni;
- Olive Oil (Minyak Zaitun)
- Camellia Oil (Minyak Kamelia)

Mungkin kita biasa dgr minyak zaitun tp first time dgr pasal Camellia Oil.. Tapi, tahukah anda, kedua2 minyak ni sgt berguna bagi memberikan khasiat yang sempurna pada rambut anda?


1. Olive Oil (Minyak Zaitun)
Ok, first nk cerita keistimewaan minyak zaitun ni (Olive Oil). Perasan tak, kebanyakkan minyak rambut, mesti ada kandungan minyak zaitun? or kadang2.. mmg org jadikan minyak zaitun tu sbg minyak rambut? ada kan..? Haa.. tapi, pernah tak kita tahu apa khasiat sebenar minyak zaitun ni?

Kelebihan Minyak Zaitun:
i) Minyak Zaitun adalah sejenis antioksidan semulajadi yg kaya dgn Vitamin A dan E. Kedua2 vitamin ini penting untuk kesihatan kulit kepala dan pertumbuhan akar rambut yang sihat. 
ii) Bila kulit kepala dan akar rambut sihat, ia akan mengatasi masalah keguguran rambut dan menjadikan rambut lebih sihat.
iii) Bila kulit kepala anda sihat, tiada lagi masalah kelimumur
iv) Ia juga berfungsi sbg conditioner rambut, yang menghasilkan rambut yg lebih elastik dan fleksibel. Apabila menggunakan minyak zaitun ini, rambut anda lebih mudah diurus dan lebih bersinar.



2. Camellia Oil (Minyak Kamelia)
Mungkin ramai yang kurang mengetahui tentang kewujudan minyak kamelia ini. Tapi minyak kamelia ini mmg dah laaaama digunakan di Jepun sebagai ramuan utama dalam penjagaan rambut mereka. Minyak Kamelia, atau lebih dikenali sbg minyak biji teh (tea seed oil), adalah minyak dari Camellia japonica flower (Bunga Kamelia).Bunga ini kebanyakkan tumbuh di Jepun, dan penyediaan minyak Kamelia adalah daripada bunga Kamelia itu sendiri. Kenapa org Jepun gemar menggunakan minyak Kamelia dalam penjagaan rambut mereka?

Kelebihan Minyak Kamelia:
i) Melembab dan melindungi kelembapan secara efektif
ii) Meresap jauh kedalam urat rambut tanpa meninggalkan rasa berminyak pada rambut
iii) Bau yang harum
iv) Bukan komogenik
v) Melembabkan kulit kepala yang kering
vi) Meningkatkan elastisiti rambut
vii) Menjadikan rambut lebih terurus, lembut dan bersinar


Jadi, daripada kelebihan2 minyak zaitun dan minyak kamelia tu, xhairan lah Naturactor Hair Oil ni adalah salah satu produk penjagaan rambut yang MESTI dimiliki selain syampoo dan conditioner! Dengan harga mampu milik, anda akan mendapatkan rawatan penjagaan rambut yg lebih sempurna!

Naturactor Hair Oil, 85ml
RM 44 + RM 6 poslaju



Sumber:
1. http://glamorspa.com/olive-oil-hair-products-%E2%80%93-keep-your-hair-healthy-the-natural-way/
2. http://adrienne-warber.suite101.com/camellia-oil-for-hair-care-a189388

Wednesday, September 14, 2011

Adakah anda menggunakan SUNBLOCK?

1. Apa itu sunblock?
Sunblock adalah sejenis losyen, spray atau gel yang digunakan untuk melindungi kulit dari sinaran berbahaya matahari seperti UVA dan UVB. Kandungan dalam sunblock berupaya menyerap, menghalang dan menyerakkan (scatter) sinaran berbahaya UV dari terkena kulit.


2. Apa kepentingan menggunakan sunblock?

i) Pencegahan dari kanser kulit
Artikel terbaru dari Healthline melaporkan lebih 8000 rakyat Amerika maut setiap tahun akibat kanser kulit Melanoma. Jika kulit terdedah pada sinaran berbahaya UV dalam jangka masa yang lama, ia mampu merosakkan sistem imunisasi badan. Penggunaan sunblock berupaya menyerap atau memantulkan sinaran berbahaya UV dari terkena permukaan kulit. Ini secara tidak  lansung dapat mengelakkan sistem imunisasi badan rosak dan kemungkinan sel kanser untuk tumbuh dapat dikurangkan.

ii) Melindungi protein
Penggunaan sunblock setiap hari mampu melindungi protein dibawah permukaan kulit. Protein ini termasuklah keratin, elastin dan kolagen. Protein inilah yang menjadikan kulit lembut dan tegang. Melindungi protein ini sama seperti melindungi kulit anda dari kecepatan kadar penuaan kulit. Ia juga dapat mengelakkan kesan-kesan penuaan dari berlaku seperti kedutan, age spot dan sun spot.

iii) Melindungi dari penyakit lain
Penggunaan sunblock dalam jangkamasa yang panjang berupaya mengelakkan dari kerosakan kulit, katarak dan merendahkan kadar imunisasi badan


3. Bagaimana untuk mendapatkan sunblock yang dapat memberi perlindungan maksimum pada kulit?
Untuk mendapatkan perlindungan yang maksimum pada kulit, anda perlu mencari sunblock yang mampu melindungi kulit anda dari sinaran UVA dan UVB. Sunblock yang mempunyai kemampuan untuk melindungi dari UVB mempunyai rating 'SPF' manakala sunblock yang mempunyai kemampuan untuk melindungi dari UVA mempunyai rating 'PA'.



4. Apa itu SPF? Adakah ia bermakna lebih tinggi SPF, lebih maksimum perlindungan daripada UVB?
SPF adalah singkatan dari Sun Protection Factor. Sunblock yang mempunyai rating SPF adalah bertujuan utk mengukur kadar perlindungan dari sinaran UVB. Nombor yang tertera pada SPF menyatakan berapa lama anda boleh berada dibawah sinaran mahatari sebelum terkena sunburn. Contohnya, SPF 15 membolehkan anda berada dibawah sinaran matahari 15kali lebih lama berbanding tidak memakai sunblock. Akan tetapi, kajian menunjukkan SPF lebih dari 50 TIDAK memberi sebarang kelebihan kepada pemakai, kerana perlindungan maksimum dari UVB boleh didapati dari range SPF 15 hingga SPF 50. Bagi wanita Asia yang berkulit cerah, SPF 15 - SPF 30 sudah cukup memadai.


5. Apa itu PA? 
PA adalah singkatan dari Protection Grade of UVA. PA hanyalah satu indikasi bagi membolehkan kadar perlindungan dari sinaran UVA diukur. PA terbahagi kepada 3; PA+, PA++, PA+++. PA+ sesuai dipakai untuk semua aktiviti harian. tetapi, jika anda selalu berada diluar dalam jangkamasa yang lama, PA++ diperlukan bagi mendapatkan perlindungan yang maksimum.


6. LIMA tips bagi mengelakkan dari sinaran berbahaya UV;
i) Gunakan sunblock dengan perlindungan minimum SPF 15 atau lebih, dan PA+ atau lebih.
ii) Pakai baju lengan panjang, topi dan kaca mata bila berada diluar.
iii) Lakukan pemeriksaan kulit setiap tahun bagi memastikan anda bebas dari tanda2 kanser kulit.
iv) Elakkan berada dibawah sinaran matahari dari pukul 10pagi hingga 4 petang.
v) Lebih berhati2 jika berada berdekatan dengan air dan pasir kerana adanya pantulan intensiti cahaya matahari.


Bagaimana untuk dapatkan SUNBLOCK YANG BAGUS?

Tennifer Liquid Milk (45ml) adalah salah satu sunblock terbaik keluaran syarikat kosmetik MEIKO, JEPUN.



Kelebihan TENNIFER LIQUID MILK:
i) Perlindungan daripada sinaran berbahaya UVA, UVB
ii) SPF 30
iii) PA++
iv) Tidak melekit, tidak berminyak dan ringan
v) Mengandungi zink oksida sebagai bahan aktif yang melindungi kulit dari sinaran berbahaya UV.

Harga Promosi: RM 55*
*xtermasuk postage
100% Original, made in japan.


sumber:
1. http://www.shoppinglifestyle.com/beauty/article.asp?id=99&ap=342
2. http://www.shoppinglifestyle.com/beauty/q&a/sunblock-ingredient-types/506/
3. http://www.thehealthlines.com/2008/07/benefits-of-sunblock.html
4. http://www.howtodothings.com/fashion-personal-care/advantages-of-using-sunscreen