KEASLIAN PRODUK
1. Adakah semua produk yang dijual oleh NATURACTOR COLLECTIONS (ELEGANCE COSMETICS) adalah original?
Ya, semua produk yang dijual oleh NATURACTOR COLLECTIONS (ELEGANCE COSMETICS) adalah dijamin 100% original. Jaminan wang anda dikembalikan jika produk didapati tidak original.
2. Jika semua produk adalah original, bagaimana pihak NATURACTOR COLLECTIONS (ELEGANCE COSMETICS) dapat menjual produk dengan harga yang sangat murah berbanding pasaran?
NATURACTOR COLLECTIONS (ELEGANCE COSMETICS) beroperasi secara ONLINE sahaja. Jadi pihak NATURACTOR COLLECTIONS (ELEGANCE COSMETICS) dapat meminimumkan kos pengeluaran sesuatu produk. Oleh yang demikian, kami dapat menjual dengan harga yang lebih murah kepada pengguna.
PRODUK NATURACTOR
3. Jika saya membeli NATURACTOR Cover Face, apakah produk lain yang sesuai untuk dibeli bersama?
Jika anda membeli NATURACTOR Cover Face, mungkin anda perlu mencuba NATURACTOR Silky Lucent Powder (sangat digalakkan) atau NATURACTOR Pressed Powder.
4. Apakah perbezaan antara NATURACTOR Silky Lucent Powder dan NATURACTOR Pressed Powder?
NATURACTOR Silky Lucent Powder atau lebih dikenali sebagai loose powder sangat digalakkan untuk digunakan selepas Cover Face foundation. Ia menghasilkan 'finishing' make up yang bagus, disamping menghasilkan raut wajah yang 'flawless', licin, gebu dan cukup sempurna. Tetapi, saiz loose powder agak besar dan 'bulky' menyebabkan sesetengah orang lebih gemar memilih compact powder.
NATURACTOR Pressed Powder atau compact powder lebih digemari oleh sesetengah orang kerana saiznya yang lebih kecil dan 'compact' menyebabkan ianya mudah untuk dibawa kemana-mana. Tetapi, sebagai finishing make up, ia agak kurang bersesuaian berbanding loose powder.
NATURACTOR & BB CREAM
5. Saya keliru untuk memilih antara NATURACTOR (Cover Face) dan BB CREAM. Mana satu yang terbaik untuk saya?
Naturactor dan BB Cream, dua-dua adalah produk yang bagus. Bergantung kepada apa yang anda cari daripada satu-satu krim yang anda beli, ia dapat membantu untuk memilih antara Naturactor dan BB Cream. Naturactor (Cover Face) adalah sejenis 'foundation', berfungsi sebagai krim asas dalam proses make up. Manakala BB Cream pula adalah sejenis krim yang mempunyai fungsi SEMUA-DALAM-SATU, berfungsi sebagai 'foundation', 'sunblock', pelembab, pemutih, pencerah, pelembut, dan sebagainya. Akan tetapi, jika anda mencari foundation yang bagus, Naturactor adalah yang terbaik. Jika anda mencari satu krim yang mempunyai banyak fungsi, BB Cream adalah yang terbaik untuk anda.
6. Mana lebih bagus, MISSHA Perfect Cover atau MISSHA Real Signature BB Cream? Apa bezanya antara kedua-dua krim ini?
MISSHA Real Signature sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah kulit yang serius seperti berikut;
-Kulit sensitif
-Kulit kusam
-Jeragat yang teruk
-Tona kulit tidak sekata
-Jerawat
-Liang pori-pori yang besar
Jika anda tidak mempunyai masalah kulit seperti di atas, MISSHA Perfect Cover sesuai bagi anda.
PENGHANTARAN
7. Adakah semua produk dipos menggunakan POSLAJU?
Ya, semua produk dipos menggunakan POSLAJU.
8. Berapa lamakah masa yang diambil untuk saya terima produk tersebut?
Mengikut kebiasaan, penghantaran mengambil masa 1 hari bekerja sahaja. Akan tetapi penghantaran mungkin akan mengalami sedikit kelewatan di waktu musim perayaan, dan sebagainya.
TEMPAHAN & PEMBAYARAN
10. Saya berminat untuk membuat tempahan, tetapi bagaimana?
Bagi yang berminat untuk membuat tempahan, anda boleh ke link [INI]
11. Bagaimana pula dengan cara pembayaran?
Pembayaran hanya boleh dilakukan melalui link [INI]
PEMBELIAN BORONG
12. Bagaimana jika saya mahu membeli secara BORONG?
Untuk pembelian borong, sila email ke zunitaramli@gmail.com