Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Thursday, July 10, 2014

[PRODUCT REVIEW] Penting ke guna span foundation ni?

Ramai antara kita mengabaikan dan mengambil sikap acuh tak acuh dengan penggunaan span/berus semasa memakai foundation. Pelbagai faktor yg menyumbang kepada situasi ini; seperti nk cepat siap, ada yang nk jimat (xnak beli) & ada juga yang xkisah guna atau tidak span/berus foundation. Tetapi tahukah anda, penggunaan span/berus sangat besar impaknya kepada hasil dan kualiti make up anda & juga memberi kesan kepada jangka hayat foundation itu sendiri.

Jadi, di sini saya ingin jelaskan lebih mendalam mengenai kesan penggunaan span berbanding menggunakan jari.

Sumber: Google

Kualiti make up
Kebiasaanya, penggunaan foundation menggunakan jari tidak memberi impak yang sempurna jika dibandingkan dengan menggunakan span. Ini adalah kerana, kawasan sentuhan antara jari & kulit muka (semasa menggunakan foundation) adalah sedikit dan tekanan yang anda gunakan di jari juga mungkin berbeza dari kawasan kawasan tertentu di muka anda. Ini secara tidak lansung boleh menyebabkan anda memakai terlalu banyak foundation di kawasan2 tertentu & menjadikan foundation anda bercapuk & "cakey".

Perbezaan menggunakan foundation dgn jari & span

Terdapat juga ruang2 di muka anda yang tidak dapat di"cover" sepenuhnya jika anda menggunakan jari. Ini menyebabkan make up anda tidak rata & nampak bercapuk. Sebaliknya, jika anda menggunakan span sapuan foundation akan jadi lebih rata & xbercapuk. Jadi make up anda akan nampak lebih natural & flawless!


Kebersihan
Dari aspek kebersihan, penggunaan jari dilihat boleh menyebabkan jangkitan bakteria yang mungkin terdapat di jari anda ke muka (semasa menyapu foundation). Perlu diingat, jari kita bukan 100% bersih, jadi jika terdapat jangkitan bakteria di muka anda, jangan salahkan foundation pula jika anda dapat jerawat ya! :P

Sumber: Google
Penggunaan span sebagai medium untuk menggunakan foundation dilihat lebih "hygiene" kerana span foundation boleh dicuci secara berkala & boleh di cuci dengan cecair anti-bakteria. Jadi tak perlu bimbang kalau berlaku jangkitan jika anda menggunakan span dengan syarat anda cuci span foundation secara berkala!


Jangka hayat foundation
Secara umumnya, satu foundation keluaran MEIKO Jepun boleh digunakan selama 3 tahun selepas dibuka. Akan tetapi, jika berlaku jangkitan pada foundation tersebut, kemungkinan jangka hayat foundation itu akan lebih pendek.

Ini mungkin berlaku jika anda selalu menyentuh foundation dengan menggunakan jari. Seperti yg dikatakan tadi, jari kita tidak 100% bersih. Jika selalu menyentuh foundation dengan jari, kemungkinan berlaku jangkitan kepada foundation tersebut.

Untuk mengetahui foundation anda sudah tidak boleh digunakan, akan terdapat perubahan tekstur, warna, & bau. Jika anda dapati foundation ada mempunyai ciri2 ini, berhenti menggunakan foundation serta-merta.

Masalah ini boleh di atasi jika anda menggunakan span. Span yang dicuci secara berkala boleh mengelakkan jangkitan pada foundation & mampu membuatkan foundation tahan lebih lama. 


Span foundation dari MEIKO
Memandangkan kepentingan penggunaan span foundation ini diambil berat, MEIKO telah menghasilkan koleksi span nya. Span foundation mempunyai 2 variaty - Oval & rectangular shape sponge.

Span segi 4 dari MEIKO Japan

Span berbentuk Oval dari MEIKO Japan


Kedua2 span ini sama jenis, material cuma bentuk sahaja berbeza. Diperbuat daripada latex yang berkualiti tinggi, span foundation MEIKO ini boleh dicuci, & digunakan sehingga lebih dari 1 tahun! Ini bermakna span ini tidak mudah koyak, tidak seperti span2 lain di pasaran.

Jadi, mungkin anda perlu consider untuk menggunakan span pula utk apply foundation selepas ini, kan? :)


To order: SMS/WHATSAPP 0133986129
Email: zunitaramli@gmail.com
Facebook: facebook.com/naturactorcollectionspage
Instagram: @elegancecosmetics




Monday, June 17, 2013

[REVIEW] Foundation Sponge

Assalamualaikum & Hai semua,

Hari ni saya nk buat review mengenai span foundation. Saya percaya ramai diantara kita menyapu foundation dengan menggunakan jari kerana beranggapan penggunaan span hanya akan membazirkan foundation sahaja. So hari ni saya nk bukti kan kenyataan tu bukan 100% tepat :)



1. Penggunaan span mampu menghasilkan make up yang lebih flawless & sempurna

Kiri: Foundation jika menggunakan jari
Kanan: Foundation jika menggunakan span

Gambar di atas adalah analogi perbezaan kalau kita menyapu foundation menggunakan jari dan span. Seperti yang kita boleh lihat, penggunaan span lebih baik kesannya kerana ia mampu menutup hampir 100% liang roma pada muka, so dapat menghasilkan make up yg cantik dan flawless. Kalau kita menggunakan jari, make up jadi agak messy, tidak dapat menutup liang pori sepenuhnya dan secara tidak lansung, kita tidak dapat menghasilkan make up yang flawless.


2. Penggunaan span mampu menghasilkan make up yg lebih sekata

Kiri: Foundation jika menggunakan jari
Kanan: Foundation jika menggunakan span

Seperti dalam gambar di atas, kita boleh lihat dengan penggunaan span, foundation nampak lebih sekata. Ini adalah penting bagi memastikan keseluruhan make up anda nampak lebih perfect dan cantik.


Jadi, jangan pandang remeh dengana penggunaan span semasa menyapu foundation. Pemilihan span yg betul juga amat2 penting dan mempengaruhi hasil make up anda. Jadi saya amat menyarankan anda untuk menggunakan span semasa menyapu foundation. Anda bukan sahaja dapat hasil yg memuaskan, malah akan nampak lebih glow & flawless!!


PS: Jika anda berminat untuk mendapat FOUNDATION SPONGE original from MEIKO JAPAN, boleh dapatkan details di link INI ya :)

Thursday, June 13, 2013

[REVIEW] Seruzad Black Off Clear

Assalamualaikum & Hai semua,


Sejak dari haritu lagi saya nak buat review produk, tapi tak terbuat-buat dek kesempitan masa. Mungkin saya memerlukan pengurusan masa yg lebih efisyen atau menjadi SUPERWOMAN utk melakukan banyak kerja dalam satu2 masa. Anyways, straight to the point, harini saya nk buat review mengenai satu produk MEIKO iaitu SERUZAD BLACK OFF CLEAR.






Saya pasti ramai di antara kita ada masalah BLACK & WHITE HEADS, kan? Apa itu blackheads/white heads? Boleh klik SINI untuk bacaan selanjutnya mengenai black/whiteheads. Masalah black/whiteheads agak common di negara kita yg beriklim panas. So bagaimana cara anda mengatasi black/whiteheads?


Cara kebiasaan mengatasi black/whiteheads
1. Sesetengah orang memilih cara pantas - memicit dengan tangan. Cara ini TIDAK digalakkan kerana mungkin terdapat jangkitan bakteria pada kulit muka anda dan ini akan menyebabkan masalah jerawat atau mungkin masalah kulit yg lebih serius. 

2. Bagi yang berkemampuan, anda boleh ke facial untuk menghilangkan black/whiteheads dengan menggunakan mesin khas. Dan tentunya ia agak mahal. 

3. Ada segelintir orang yg menggunakan scrub untuk menghilangkan white/blackheads. Walaupun cara ini agak murah, tetapi ia juga TIDAK digalakkan kerana penggunaan scrub yg kerap boleh merosakkan permukaan kulit.

4. Cara yang paling efisyen dan cost effective adalah dengan penggunaan cleanser KHAS utk black/whiteheads. Ianya bukan sahaja murah, tetapi sangat berkesan bagi menghilangkan black/whiteheads dan juga selamat untuk wajah anda. 




Oleh itu, MEIKO Japan telah mengeluarkan satu produk KHAS bagi menghilangkan masalah black/whiteheads - SERUZAD S3 BLACK OFF CLEAR. Ia bukan sahaja mampu menghilangkan black/whiteheads, ia juga sangat selamat utk kulit kerana kandungannya adalah 100% daripada tumbuhan semulajadi. Antara kandungan SERUZAD S3 BLACK OFF CLEAR:
~ Mulberry extract
~Yeast extract
~ Fermented soybeans
~ Apricot nectar plant
~ AHA Complex



Cara penggunaannya juga amat mudah. Ia perlu dilakukan SEBELUM mencuci muka ya.. Make sure muka anda BEBAS make up semasa menggunakan SERUZAD S3 BLACK OFF CLEAR ni..


Cara penggunaan SERUZAD S3 BLACK OFF CLEAR:

1. Lembabkan muka anda. 
Perhatian! Pastikan muka anda tidak terlalu basah dan tidak terlalu kering. Jika tidak produk ini mungkin tidak mendatangkan kesan yang sepatutnya


2. Sapukan sedikit SERUZAD S3 BLACK OFF CLEAR pada kawasan black/whiteheads




3. Gosokkan dengan perlahan2 dikawasan yang terdapat black/whiteheads dengan SERUZAD BLACK OFF CLEAR sehingga terhasil kepingan yg berwarna putih seperti bekas pemadam (hasil dari gosokkan tadi)




4. Setelah anda berpuas hati, bilas muka dan boleh cuci muka dengan cleanser anda :)




Mudah kan caranya? Memang sangat2 berkesan utk hilangkan black/whiteheds dan sgt2 cost effective! Sangat selamat dan highly recommended utk yang selalu mengalami masalah ni.. Hati2 ya.. kalau xbendung masalah black/whiteheads ni boleh menyebabkan jerawat atau masalah yg lebih serius! :)



Perbezaan SEBELUM & SELEPAS penggunaan SERUZAD S3 BLACK OFF CLEAR. Nampak muka lebih glow and black/whiteheads hilang dengan ketara! Mmg sgt2 berkesan :)



To order:
Email - zunitaramli@gmail.com
SMS/whatsapp - 0133986129



Customer review on SERUZAD S2 BLACK OFF CLEAR:



Sunday, June 9, 2013

MCCT Customer Review

Assalamualaikum & Hai semua,

Atas sambutan yang sangat2 menggalakkan daripada customers NC untuk MC COLLECTIONS COVER & TREATMENT FOUNDATION (MCCT) ni, saya dengan berbesar hati nk buat review mengenai MCCT ni based on customer feedback. Kepada yang tak tahu apa itu MCCT, boleh rujuk kepada post saya yg sebelum ini. Boleh klik di SINI untuk butiran lanjut.


Daripada feedback yang saya terima daripada customers, rata2 mereka sangat2 berpuas hati dengan kualiti and improvement yang ada pada MCCT ni. Saya memang menerima banyak feedback2 positif dan hampir setiap hari saya menerima order baru dari customers. Mmg MCCT sangat2 best!


"mmg best mcct...klau octard tu dah best, tp mcct lg best...cantik kemasan dia xberminyak, x bercapuk dan tahan lama kat muka....tqqqq zue for recommended tis product"

"Salam sis, MCCT dah dapat td.. terus pakai, jimat masa xpayah touch up dah dgn compact powder.. Suka, suka.. (Texture) lagi lembut compare to naturactor, pakai sikit je pun dah cover, berbaloi2 beli. Kalau naturactor yg sehari pakai 3x tu tahan dekat setahun, yg MCCT ni xtau la tahan berapa lama..Thanks sis, next time nk beli MCCT lagi"

"dah try (MCCT) ni mmg best larrr....akk rs bb cream dia mesti lg best kann.. sedang elok jer tgh bersiap nk kluar posmen dtg hihi...apalg kita pkai jer terusss.... mmg cantik zue coverage dia...terbaekk"

"Ita...kt nk bg testi mcct..slalu mls tp arini rajen lak.hehe..serious sgt puas ati dgn mcct.btol la ita ckp de lg best dari octard.ringan sgt..kt ltak sket jek pastu muka dah jd cm kulit patung tu.if amek gambo mcm amek guna camera 360 padahal amek guna normal camera jek..de ringan dari octard..octard bgs tp ni lg bgs.price pon ok sbb still below 100.thanx ita sbb jual brg2 yg sgt berkualiti n servce yg baik amat.."


Those are the customer reviews. So let's see perbezaan penggunaan dari segi gambar (visual) pulak :)




Dua2 gambar before and after diambil menggunakan KAMERA BIASA. TIADA editing dilakukan.. So ni mmg betul2 and natural punya looks ya :)

Perbezaan gambar 1 (sebelum MCCT)  & 2 (selepas MCCT)
~ Kulit nampak lebih sekata
~ Kulit nampak lebih bermaya & glow
~ Full coverage (jerawat & cela ditutup sepenuhnya) - lebih flawless
~ Nampak lebih natural
~ Tidak berkilat/ berminyak


So far MCCT mmg the best foundation ever. Kelebihan MCCT:
~ Sangat ringan. Bila pakai rasa mcm xpakai apa2 di muka. Feels sgt natural
~ Coverage yang sangat bagus
~ Tahan lama. 1 bekas MCCT boleh tahan up to 8-9 months
~ Sangat jimat
~ Tidak berminyak seperti foundation yg lain
~ Tidak perlu pakai bedak lepas pakai MCCT
~ Bekas yg kecil dan compact. Mudah utk dibawa kemana2
~ Sangat lembut pada kulit. Tidak akan menyebabkan iritasi*

*utk typical skin.


Semua yang anda inginkan pada foundation ada pada MCCT! Get yours MCCT now!! COnfirm xkan menyesal kalau purchase, seriously :)

TO ORDER: 
sms/whatsapp: 0133986129
email: zunitaramli@gmail.com







Tuesday, April 30, 2013

[NEW PRODUCT] MC COLLECTIONS - Cover & Treatment Foundation


Hello everyone :)

Seems like everyone likes the cover face/octard isn't it? Yes, I do too :") Coverage mmg tiptop, xberminyak, xoily ( isn't it the same thing? duh -.-'), xcapuk, tahan lama bila pakai and tahan sampai setahun utk botol kecik cenonet tu! Phew~ Seems all good things are in it right? ;)

Well... what if I say, we have better product from that? wow. yes, it's a WOW! GOod news for everyone - especially pencinta2 cover face dan octard, MEIKO TELAH MENGELUARKAN PRODUK BARU YANG DIBERI NAMA MC COLLECTIONS - COVER & TREATMENT FOUNDATION (MCCT). Hehe.. 




Soalan lazim yg biasa ditanya oleh customer2 saya.. APA BEZA MCCT DGN COVER FACE / OCTARD YANG SEDIA ADA TU?
Banyak beza. Sangat banyak. First and foremost, MCCT ni adalah IMPROVED VERSION OF COVER FACE / OCTARD. Maksudnya, MEIKO JAPAN telah buat R&D (Research & Development - or dalam BM kajian) untuk menambah baikkan lagi produk2 keluaran diorang (though cover face/octard yg kita guna tu mmg dah bagus sgt2 dah kan..?). Improvement ini termasuklah dalam pelbagai segi - INGREDIENTS, TEXTURE, FINISHING, etc. Having said that, MCCT lagi best (dah nama pun IMPROVED VERSION) daripada cover face or octard yg sedia ada tu.. Main ingredient dia adalah JOJOBA OIL +  vitamins derived moisturizing moisture ingredients VCIP (oil-soluble vitamin C derivative).




Secondly, MCCT ni ada 8 color tones - lebih banyak pilihan warna yg sesuai dgn tone kulit asia. Kalau sebelum ni COVER FACE /OCTARD ada 5 tone je kan.. haa.. yg ni laaagi banyak pilihan utk anda.. and BEST! Hehe.. Pilihan tone warna adalah seperti berikut:


CF130 Pink base - kulit cerah mcm cina
CF140 Natural - kulit cerah melayu
CF141 Natural - kulit cerah melayu
CF150 ocher - kulit hitam manis 
CF151 ocher - kulit sawo matang
CF152 ocher - kulit hitam manis (cerah sikit dari CF150)
CF161 Yellow (eye concealer)
CF171 Green (acne concealer)




So what else do we want for a PERFECT FOUNDATION?? Semuaaa dah ada dalam ni! Mmg xrugi, seriously! What's more? Now until 10 MAY 2013, we have PROMOTION PRICE FOR MCCT! Grab yours at our PROMOTION PRICE as low as RM59/pc!! 




To order: 


SMS/whatsapp 0133986129 OR

email zunitaramli@gmail.com




Saturday, April 6, 2013

MEIKO MC LATEST COLLECTION - Essence-in Mascara

Hello everyoneeee!!

Rasanya lama sgt xbuat review any MEIKO produk kt blog ni.. ada byk produk2 meiko terbaru.. nnt saya akan review one by one ya! And semuanya mmg hebat2.. mmg puas hati sgt2!!

Okay so today saya nak review 1 lagi produk baru dari MEIKO - MC Collections - ESSENCE-IN MASCARA. Nama pun mcm dah stunning kannn.. Let's see the pictures of this beautiful Mascara :)



Nampak mcm mascara biasa kan.. tapi sebenarnya mascara ni mmg sgt2 LUAR BIASA!! Kelebihan mascara ni berbanding mascara lain;

1. Dense volume and curl upward
--> Berupaya untuk lebatkan dan melentikkan bulu mata

2. Eyelash treatment mascara

3. Mascara which creates a dense eyelashes that it was said that there comes while care eyelashes.

4. Beautiful last a long time without being blurred in the film type.

5. Easy OFF with hot water.
--> xperlu make up remover pun boleh tanggal,. tp TAK MUDAH ditanggalkan kalau gosok2 mata atau mcm menangis ke, kena hujan ke.. xde la mcm mata panda! hehe

6. Diperbuat daripada 10 different formulations (moisturizing ingredient)
--> Mampu utk menguatkan bulu mata dari akar ke hujung, mengurangkan keguguran bulu mata.
--> Antara kandungan ingredients daripada sumber tumbuh2an :
- Arnica flower extract
- Nettle-flower extract
-Yaw Japanese red pine cone extract
- Rosemary extract
- Chamomile flower extract

7. Proprietary brush fits eyelid perfectly!
--> Section thinner styling efficiently difference in length of leg hair.
--> natural finish spread radially.

8. Both ease of drop and durability of beauty
--> Due to water, sweat, tears, it does not become strong to rub or bleeding in = panda eyes!
-->The exquisite combination fee of wax, I keep naturally beautiful curls!


So.. apa lagi yang anda mahukan daripada MASCARA? Mmg semua kebaikan pada mascara ada pada MC ESSENCE-IN MASCARA!! So dapatkannya skg!! Email zunitaramli@gmail.com or whatsapp 0133986129 to order :)


PRICE: RM69*
*excluding postage