Perlu diingat, tiap dari kita mempunyai kulit yang berbeza jenis. Memang pada umumnya, kulit kita seakan sama kategori - samada berminyak, kering atau normal - tapi tiap dari kita mempunyai ciri yang berbeza. Ada orang kulitnya walaupun berminyak, tetapi tidak sensitif. Ada orang, walaupun sensitif, tetapi tidak berminyak.
Oleh itu, walaupun sesetengah foundation boleh dikatakan tahan sehingga 8 - 9 jam, tetapi bila anda guna tidak seperti yang diharapkan. Lebih mengecewakan bila anda baca kebanyakan testimoni menunjukkan kesan positif - tahan sehingga 8 jam! Ketahuilah bahawa, ada sesetengah dari kita - walaupun tidak semua mempunyai kulit yang memang sangat berminyak. Penghasilan minyak secara berlebihan ini secara tidak lansung boleh menghilangkan atau "melunturkan" make up/foundation anda. Jadi, cara terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah menggunakan MAKE UP BASE (PRIMER) sebelum anda menggunakan foundation.
Mengapa ya?
Di sini saya senaraikan 10 sebab mengapa anda perlu & digalakkan memakai Make Up Base (Primer):
1. Menyembunyikan pori2 terbuka
Walaupun anda tidak mempunyai pori2 yang besar, tetapi kebanyakan foundation jenis cecair/ BB Cream tidak mampu menutup pori2 anda dengan berkesan. Atau lebih teruk, ia membuatkan pori2 lebih kelihatan. Penggunaan Make Up Base dilihat mampu untuk menutup pori2 terbuka ini dengan berkesan.
2. Melembutkan kulit
Penggunaan Make Up Base sebelum foundation boleh membuatkan kulit anda terasa lebih lembut & smooth terutamanya apabila anda memakai foundation.
3. Make Up (Foundation) lebih sempurna
Penggunaan Make Up Base sebelum foundation menghasilkan make up yang lebih sempurna & smooth, kerana Make Up Base ini boleh memudarkan kedutan & cela. Ia juga menghasilkan base yang smooth untuk foundation.
4. Tidak menyumbat pori2
Kebanyakan Make Up Base adalah non-comedogenic iaitu tidak menyumbat pori2. Jadi ia tidak akan menyebabkan iritasi & tidak menyebabkan jerawat.
5. Anti - penuaan
Walaupun bukan semua, tetapi ada Make Up Base yang mempunyai ciri anti-penuaan (seperti Revival Rose Face Mist). Jika digunakan dalam jangka masa yang lama, kulit anda kekal awet muda iaitu kedutan yang kurang kelihatan & lebih bermaya!
6. Make Up (Foundation) tahan lebih lama
Antara sebab utama penggunaan Make Up Base adalah untuk membuatkan make up tahan lebih lama. Ini kerana, make up base mampu membuatkan kulit anda kurang berpeluh, jadi membolehkan make up tahan lebih lama. Ia juga bertindak sebagai pelindung dari debu & air yang boleh melunturkan make up anda.
7. Ringan
Kebanyakan Make Up Base ringan - anda tidak akan merasa seperti memakai "mask". Make Up Base biasanya dipakai dengan lapisan yang nipis sahaja.
8. Mudah dipakai
Kebanyakan Make Up Base - samada bentuk cecair atau mist - sangat mudah dipakai. Hanya 1 sapuan nipis sudah memadai.
9. Mengurangkan kesan cela/jerawat/jeragat
Ada sesetengah Make Up Base mampu menjadi concealer sebelum foundation (seperti Naturactor Make Up Base Green). Jika anda memakai ini dan guna foundation - perfect look!
10. Sesuai untuk semua jenis tone/kulit
Semua jenis tone/kulit boleh guna Make Up Base. Jadi, ianya sangat mudah - 1 jenis utk semua jenis kulit & tone!
Jadi, MEIKO Japan telah menghasilkan beberapa jenis Make Up base yang sesuai untuk kulit wanita Asia.
Antaranya:
1. Naturactor Make Up Base
2. Revival Rose Face Mist
3. Seruzad Moisture Veil
Secara ringkasnya, ketiga2 jenis Make Up Base itu mempunyai kelebihan seperti di bawah:
To order: SMS/WHATSAPP 0133986129
Email: zunitaramli@gmail.com
Facebook: facebook.com/naturactorcollectionspage
Instagram: @elegancecosmetics
Sumber rujukan: