Monday, July 11, 2011

NATURACTOR- original atau tidak?

Saya agak kesal dengan segelintir orang yang mengatakan naturactor bertulisan rumi adalah tiruan, tetapi mereka ternyata tidak tahu yang mereka cuba/jumpa itu (yg bertulisan rumi) adalah sebenarnye yang tiruan. Saya juga kesal kerana kurangnya pengetahuan tentang produk ini, mereka terus membuat statement yang NATURACTOR bertulisan RUMI adalah TIRUAN. Apa pula pandangan orang lain yang tidak tahu? Sudah pasti mereka mudah percaya dengan statement sedemikian.

Sudah beberapa kali saya terangkan pada customer, di blog2 saya sebelum ni, NATURACTOR sememangnya berasal dari JEPUN, dengan packaging bertulisan RUMI (yg original). Mempunyai kotak tersendiri bagi setiap satu produk, bagi menjamin kualiti setiap satu produk yang dijual. Memandangkan permintaan yang meluas terhadap produk yang berkualiti ini, syarikat MEIKO telah membuka satu cawangan di China, bagi menghasilkan NATURACTOR dengan harga jauh lebih rendah. Mengapa? Most probably kos tenaga buruh dan penyelenggaraan mesin yang rendah. Secara general, kualiti kedua2 produk adalah SAMA. Akan tetapi, tidak dinafikan, terdapat SEDIKIT perbezaan antara produk ORIGINAL JEPUN & CHINA. Perbezaan ini berpunca daripada suhu persekitaran, kelembapan udara, tekanan dan sebagainya. Harus ditekankan suasana persekitaran di China tidak sama seperti di Jepun. Ini adalah salah satu punca SEDIKIT perbezaan ini berlaku.

Saya hanya membincangkan mengenai produk yang ORIGINAL dari Jepun dan China. Akan tetapi, perlu ditekankan bahawa TERDAPAT produk TIRUAN seakan2 naturactor made in Japan. Mempunyai kotak tersendiri juga, bertulisan rumi, tetapi tekstur lebih berminyak, dan bau wangi yang terlalu kuat. Juga terdapat produk TIRUAN seakan2 naturactor made in China. Bekas lutsinar dan juga berminyak. Oleh itu, bergantung kepada customer sendiri untuk menilai yang mana satu original, yang mana satu tiruan supaya tidak tertipu.

Jadi, kepada mereka diluar sana, kalau xcukup tahu mengenai produk ini, harap tak buat statement yang boleh menyebabkan orang lain keliru. Saya berani bagi jaminan 100% produk NATURACTOR yang ORIGINAL dari JEPUN bertulisan RUMI kerana saya membeli SENDIRI dari Meiko di Tokyo.

Jika terdapat apa2 persoalan mengenai naturactor, boleh hantar ke email saya di zunitaramli@gmail.com. Harap entry ni dapat membantu mereka yang masih keliru dengan originality naturactor.

1 comment:

  1. takperla zunita,saya percaya.lagipun dh beli dgn awak.my fren pun nak beli dgn awak.Ignored what people said.

    ReplyDelete