Tuesday, November 29, 2011

[NEW] SKII FACIAL TREATMENT CLEANSING OIL



INTRODUCING OUR NEW PRODUCT IN STORE!!

SKII FACIAL TREATMENT CLEANSING OIL (MAKE UP REMOVER), 34ml
RM 30/PC*
100% ORIGINAL, MADE IN JAPAN!!
*not including postage



Purifying Clear Cleanser. Cleanses. Conditions. Melts away even waterproof make-up. This delicate oil with Wild Rose Extract and Pitera emulsifies with water, 'Lifts and Locks' onto hidden sebum and impurities. The 'Lift and Lock' formulation allows oil to transform with water to gently lift away make-up and impurities from the skin. Leaves it soft and fresh.

Membersih. Menyegar. Menghilangkan make up walaupun make up kalis air. Make up remover ini mengandungi ekstrak ros liar (Wild Rose Extract) dan PITERA dicampur bersama air, menyerap dan membersih hingga ke sebum dan kotoran yg tersembunyi. Formula 'Lift and Lock' membenarkan minyak utk bertukar dgn campuran air utk menanggalkan make up dan kotoran dgn lembut dr kulit. Tinggalkan kulit anda lembut dan segar walaupun selepas make up :)


CARA PENGGUNAAN:
1. Tuangkan sedikit kuantiti ke atas kapas muka dan sapukan dengan rata keseluruh bahagian muka sehingga semua kesan make up telah sempurna ditanggalkan.
2. Bilas dengan air bersih. Jika perlu, cuci dengan pencuci muka :)

TEMPOH PENGGUNAAN:
Tahan sehingga 1-2 bulan, jika digunakan setiap hari.

Thursday, November 24, 2011

[PEMBELI] Tips membeli secara online dengan selamat

Salam semua :)

Saya yakin ramai antara kita yang suka shopping di internet. Betul tak? hehe.. Saya sendiri suka shopping di internet :) Saya bermula membeli di internet sekitar 5 tahun yg lepas, masa saya masih belajar di Melbourne, Australia. Ada banyak jugak benda yg saya pernah beli di internet, termasuklah laptop (Ebay), digital camera (Ebay), kasut (Brandexclusive), Facial cleanser set (Secluded Beauty) dan sebagainya. And alhamdulillah, setelah bertahun2 membeli secara online, saya mmg xpernah kena tipu dengan seller.. So kt sini saya nk share beberapa tips (atas pengalaman saya sendiri membeli secara online, kerana saya juga adalah online shopper) untuk mengelakkan pembeli2 online ni daripada kena tipu dengan seller..

TIPS MEMBELI SECARA ONLINE:
1. Pastikan anda berurusan dengan online seller (penjual secara online) yang boleh dipercayai
Selidik dulu latar belakang seller. Di mana dia tinggal, kat mana dia ambil stock, komen2 dari customer2 yang pernah beli dengan dia sebelum ni.. Kalau masih xpasti, try contact seller tu, cuba tanya beberapa soalan mengenai produk yang dia jual. Daripada situ juga, anda boleh tahu respon daripada seller tu, samada dia ni jenis yang malas reply customer ke, atau mmg mesra pelanggan.

2. Pastikan ada JAMINAN produk yang dijual secara online tu adalah ORIGINAL
Honestly, kalau tanya pada seller, produk tu ori ke tak, saya boleh guarantee 98% seller akan cakap barang tu original, walaupun barang tu sebenarnya tak original atau dia pun xpasti barang yg dia jual tu original ke tak. Kalau barang tu original, minta JAMINAN yang wang anda akan dikembalikan atau apa2 jaminan daripada penjual. Bukan JAMINAN mulut sahaja ya.. maksud saya jaminan yang anda akan dapat GANTI RUGI kalau anda dapati produk yg anda beli tu adalah tiruan. Jika TIADA jaminan diberikan, saya nasihatkan utk cuba cari seller yang lain. Walau pun seller tu jual jauh lebih murah dari seller yang lain yang ada jaminan original, tp sanggupkah anda mengambil risiko membeli produk yang MUNGKIN tiruan, dan digunakan pada muka anda?

3. Pastikan anda berurusan dengan seller yang cepat dan  mesra pelanggan
Kadang2 deal dengan seller yg "kerek" ni menyakitkan hati juga.. Walaupun produk yg dijual tu original dan murah, tp rasa xbest jgk bila berurusan dgn seller yg jenis mcmni.. Try contact seller tu, tanye beberapa soalan. Seeloknya, cari seller yg cepat respon pada pelanggan, selewat2nya dlm masa 48 jam, seller tu mesti dah reply. Kalau lebih dari 48 jam, mungkin anda perlu pertimbangkan sekali lagi samada nk teruskan berurusan ngn seller tu atau tidak. Dan kalau seller tu melenting lepas 2-3 soalan anda tanya, anda mungkin perlu sekali lagi pertimbangkan samada nk teruskan beli dengan seller tu atau tidak. Sebab kepuasan membeli ni bukan setakat dapat barang yang kita nk, tp bila kita dapat membeli dgn hati yang senang dan dapat membeli produk yang terbaik.

4. Baca dahulu polisi seller SEBELUM membeli
Saya pasti ramai antara kita yang xambil berat pasal polisi seller ni. Benda ni sangat penting, sebab kalau berlaku apa2 pada barang/sewaktu proses jual-beli, mungkin kita xakan dilindungi oleh apa2 hak walaupun, in the worse case, anda membuat laporan polis (jika anda mendapati anda ditipu oleh seller). Kadang2 seller boleh buat apa2 syarat dalam proses jual beli, termasuklah tidak akan memulangkan duit anda once anda dah bayar, tapi anda nk cancel order tersebut. Benda ni agak frustrating jgk la, so sebelum buat apa2 pembelian, BACA dahulu polisi dan sebagainya sebelum membeli.


5. Pastikan jenis postage yang digunakan oleh seller
Seeloknya, gunakan postage yang ada tracking number, seperti Pos Laju, Kangaroo Express, Fedex, dan sebagainya. Sebab seller semestinya tidak akan bertanggungjawab atas apa yang berlaku pada parcel, once seller dah poskan barang. Jadi, dengan adanya tracking number ni, anda boleh track parcel anda, di mana ia berada kerana kadang2 berlaku kelewatan dalam proses penghantaran atas faktor2 tertentu seperti faktor cuaca, dan sebagainya. Juga penting untuk anda tahu berapa lama masa penghantaran yang diperlukan.

6. Pastikan anda tahu nilai barang yang anda beli
Tips ini khusus utk mereka yang membeli secara online di laman web antarabangsa seperti Ebay international dan sebagainya. Sebab kalau barang anda melebihi nilai yang tertentu, anda mungkin akan dikenakan cukai tambahan dan di tahan oleh pihak kastam.

7. Elakkan daripada menggunakan kredit kad
Jika anda mempunyai kredit kad, online shopping mmg adalah "musuh ketat" anda. hehe.. Sebab kalau anda membeli secara kredit kad, anda tak perasan berapa banyak kali kredit kad anda telah digunakan, lagi2 pulak membeli di depan komputer. Silap haribulan, hujung bulan statement datang berjela2.. Jadi, saya sarankan utk guna debit kad/ internet banking/cash deposit machine. Cara ini menyebabkan anda lebih sedar brapa banyak duit yang anda telah belanjakan.

8. Bagi yang beragama Islam, pastikan produk yang dibeli adalah HALAL
Ini tidak terhad kepada produk makanan sahaja seperti kek dan sebagainya. Ianya termasuklah produk2 kosmetik, produk kecantikan seperti minuman dan pil kecantikan, kasut, beg dan sebagainya. Buat kajian sebelum membeli. Kalau membeli produk kosmetik dan produk kecantikan, pastikan bahan kandungan bebas dari produk2 haiwan seperti lemak haiwan dan sebagainya. Tips yang berguna jika anda membeli produk jenis pil, jika pil tersebut mempunyai kapsul, pastikan ianya HALAL. Sebab kebanyakan pil yang diimport dari luar negara, kapsul nya diperbuat drp gelatin binatang. (Saya telah tinggal di Australia 4 tahun dan di Jepun setahun, jadi saya berpengalaman dalam hal ini). Jika anda membeli produk seperti kasut, beg, ipod/ipad case dan sebagainya, pastikan materialnya diperbuat daripada kulit jenis apa. Kadang2 kulit tu diperbuat drp kulit khinzir. Cara nk kenal kulit khinzir adalah terdapat 3 tompok yg berulang2 pada kulit tersebut.



Diharapkan dengan adanya tips dan panduan ni, xada lagi yang tertipu ketika membeli di internet. Dan untuk next post, inshaAllah saya akan kongsikan pula tips utk penjual yang menjual secara online. Jangan xtahu, penjual pun ada juga yang kena tipu dengan pembeli tau! Hehe..



Wednesday, November 16, 2011

Tracking number 16 Nov 2011

Salam semua,

Ni adalah tracking number 16 november 2011. Delivery will takes 1-2 days :)
Thank you and have a nice day!

Wednesday, November 9, 2011

Cara menyertakan bukti transaksi

Bukti transaksi adalah sangat penting untuk disertakan kepada pihak Naturactor Collections setelah pembayaran telah berjaya dilakukan. Ini adalah sebagai rujukan bagi pihak kami dan sekiranya berlaku kesulitan di masa akan datang, pihak kami mempunyai dokumen dan bukti pembayaran anda. Oleh itu, diingatkan sekali lagi bahawa bukti transaksi adalah penting untuk disertakan sekali kepada pihak kami.

Ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk menyertakan bukti transaksi (transaction proof of payment);
1. Jika anda membuat pembayaran dengan menggunakan mesin deposit (cash deposit machine) ATAU;
2. Jika anda membuat pembayaran melalui online banking (CIMB/Maybank/etc)



Bagi maklumat account NATURACTOR COLLECTIONS, sila ke link [ini].



PEMBAYARAN MELALUI MESIN DEPOSIT (CASH DEPOSIT MACHINE)
1. Setelah transaksi berjaya, SILA AMBIL RESIT dari mesin deposit. Resit ini adalah PENTING bagi tujuan pengesahan di pihak kami.
2. Ambil gambar resit dengan jelas. Pastikan nombor akaun penerima, dan amount jelas pada gambar tersebut.
3. Attach pada email (zunitaramli@gmail.com) atau message di facebook Naturactor Collections.
4. Kemudian, inform pihak Naturactor Collections bahawa pembayaran telah berjaya dilakukan bersama2 dengan bukti pembayaran itu tadi.

Contoh resit deposit Maybank yang jelas :)

Contoh resit deposit CIMB yang jelas :)




PEMBAYARAN MELALUI ONLINE BANKING (CIMB/MAYBANK/ETC)

i) CIMB Bank
1. Login ke account anda.
2. Klik "Transfers" tab.
3. Klik "Transfer Funds"
4. Klik "To Other CIMB Account --> Transfer Funds"
5. Isikan details seperti yang tertera pada skrin. Pastikan anda mengisi bahagian email dengan email zunitaramli@gmail.com. Ini bagi memudahkan transaction proof dihantar terus ke email Naturactor Collections bg tujuan pengesahan oleh pihak CIMB Bank.

Pastikan di ruangan "Beneficiary Payment Alert", anda masukkan "Email" dgn email zunitaramli@gmail.com
6. Request TAC
7. Transaksi anda berjaya jika payment anda diterima oleh pihak CIMB Bank.
8. Maklumkan kepada pihak kami yang pembayaran anda telah berjaya dilakukan bersama2 dengan nama account CIMB anda.



ii) MAYBANK
1. Login ke account anda
2. Klik "Accounts & Banking"
3. Klik "Transfers"
4. Klik "New 3rd Party Account Transfer"
5. Isikan details seperti yang tertera pada skrin. Pastikan anda mengisi bahagian "Recipient email" dengan zunitaramli@gmail.com. Ini bagi memudahkan transaction proof dihantar terus ke email Naturactor Collections bg tujuan pengesahan oleh pihak Maybank.

Pastikan "Recipient email" diisi dgn email zunitaramli@gmail.com

6. Request TAC
7. Transaksi anda berjaya jika payment anda diterima oleh pihak Maybank.
8. Maklumkan kepada pihak kami yang pembayaran anda telah berjaya dilakukan bersama2 dengan nama account Maybank anda.

Tuesday, November 8, 2011

Tips untuk shading hidung dengan menggunakan Naturactor Cover Face

Ramai antara kita yg mengidamkan bentuk hidung yang mancung kerana keseimbangan dan tampak lebih menarik.  Jadi, salah satu jalan penyelesaiannya ialah dengan menggunakan teknik shading atau shading technique untuk membentuk hidung supaya tampak lebih seimbang :)

Kesusahan: Sederhana

Bahan yang diperlukan:
1. Berus make up/foundation yg bagus
2. Span make up/foundation
3. Highlight colour (Naturactor Cover Face 130)
4. Shading colour (Naturactor Cover Face China 153)
5. Foundation (Naturactor Cover Face/Octard Cover Foundation/Naturactor Summer Cake)
6. Concealer (Naturactor Cover Face 171)*
7. Loose powder (Naturactor Silky Lucent Powder)**

*Optional - bagi mereka yang tiada cela dimuka boleh skip bahan ini
**Bagi yang kurang gemar guna loose powder, boleh ganti dengan compact powder (Naturactor Pressed Powder)


Cara-cara:
1. Muka anda hendaklah dibersihkan terlebih dahulu dengan mencuci, toner dan melembabkan dengan produk skincare yang sesuai dengan kulit anda. Buang apa-apa permukaan kasar pada muka dengan menggunakan scrub seperti white heads, black heads, dan sebagainya. Untuk kesan make up yang terbaik, ia memerlukan permukaan kulit yang licin dan lembut.

2. Buang apa-apa bulu yang terdapat pada muka anda. Pastikan muka anda betul-betul bersih daripada bulu yang tidak dikehendaki.

4. Jika anda mempunyai cela pada muka, gunakan sedikit concealer (Naturactor Cover Face 171) dan buat sapuan nipis pada tempat yang ingin ditutup dengan menggunakan span.

3. Ambil perhatian pada bahagian hidung yang lebar/besar. Buat sedikit shading (Naturactor Cover Face China 153) dengan menggunakan berus make up yang lebih kecil pada bahagian sisi hidung, dan bawah hidung.

5. Gunakan foundation yang sama tone dengan kulit anda dan sapukan pada seluruh muka dengan menggunakan span make up. Pastikan ianya rata pada seluruh muka.

6. Highlight bahagian tengah batang hidung anda dengan menggunakan foundation yang lebih cerah dari tone kulit anda. Contohnya, jika anda menggunakan kod 141 sebagai foundation, anda boleh gunakan kod 130 sebagai highlight di bahagian hidung. Jika anda tidak mempunyai foundation yang lebih cerah dari tone kulit anda, anda boleh menggantikannya dengan menggunakan concealer bawah mata, atau eyeshadow yang berwarna cerah.

7. Akhir sekali, sebagai finishing make up, gunakan loose powder (Silky Lucent Powder) dan tepuk2 pada bahagian muka terutama dahi, pipi, dagu dan hidung anda.





                          

Wednesday, November 2, 2011

Tracking number 2 Nov 2011


Salam,

Ni tracking number utk parcel yg dipos harini, 2/11/11 :) Delivery 1-2 hari sahaja. Thank you ;)


Tuesday, November 1, 2011

Tracking number 1 Nov 2011


Salam,

Ni tracking number utk parcel yg dipos 1/11/11 ya.. Delivery takes 1-2 days. Thanks ya! :)

Tracking number 31 Okt 2011



Salam semua,

Ni tracking number utk parcel yg dipos smalam, 31 Okt 2011. Maaf atas kelewatan utk post tracking number di blog. Delivery ambil masa 1-2 hari utk sampai :)

Terima kasih.