Thursday, November 24, 2011

[PEMBELI] Tips membeli secara online dengan selamat

Salam semua :)

Saya yakin ramai antara kita yang suka shopping di internet. Betul tak? hehe.. Saya sendiri suka shopping di internet :) Saya bermula membeli di internet sekitar 5 tahun yg lepas, masa saya masih belajar di Melbourne, Australia. Ada banyak jugak benda yg saya pernah beli di internet, termasuklah laptop (Ebay), digital camera (Ebay), kasut (Brandexclusive), Facial cleanser set (Secluded Beauty) dan sebagainya. And alhamdulillah, setelah bertahun2 membeli secara online, saya mmg xpernah kena tipu dengan seller.. So kt sini saya nk share beberapa tips (atas pengalaman saya sendiri membeli secara online, kerana saya juga adalah online shopper) untuk mengelakkan pembeli2 online ni daripada kena tipu dengan seller..

TIPS MEMBELI SECARA ONLINE:
1. Pastikan anda berurusan dengan online seller (penjual secara online) yang boleh dipercayai
Selidik dulu latar belakang seller. Di mana dia tinggal, kat mana dia ambil stock, komen2 dari customer2 yang pernah beli dengan dia sebelum ni.. Kalau masih xpasti, try contact seller tu, cuba tanya beberapa soalan mengenai produk yang dia jual. Daripada situ juga, anda boleh tahu respon daripada seller tu, samada dia ni jenis yang malas reply customer ke, atau mmg mesra pelanggan.

2. Pastikan ada JAMINAN produk yang dijual secara online tu adalah ORIGINAL
Honestly, kalau tanya pada seller, produk tu ori ke tak, saya boleh guarantee 98% seller akan cakap barang tu original, walaupun barang tu sebenarnya tak original atau dia pun xpasti barang yg dia jual tu original ke tak. Kalau barang tu original, minta JAMINAN yang wang anda akan dikembalikan atau apa2 jaminan daripada penjual. Bukan JAMINAN mulut sahaja ya.. maksud saya jaminan yang anda akan dapat GANTI RUGI kalau anda dapati produk yg anda beli tu adalah tiruan. Jika TIADA jaminan diberikan, saya nasihatkan utk cuba cari seller yang lain. Walau pun seller tu jual jauh lebih murah dari seller yang lain yang ada jaminan original, tp sanggupkah anda mengambil risiko membeli produk yang MUNGKIN tiruan, dan digunakan pada muka anda?

3. Pastikan anda berurusan dengan seller yang cepat dan  mesra pelanggan
Kadang2 deal dengan seller yg "kerek" ni menyakitkan hati juga.. Walaupun produk yg dijual tu original dan murah, tp rasa xbest jgk bila berurusan dgn seller yg jenis mcmni.. Try contact seller tu, tanye beberapa soalan. Seeloknya, cari seller yg cepat respon pada pelanggan, selewat2nya dlm masa 48 jam, seller tu mesti dah reply. Kalau lebih dari 48 jam, mungkin anda perlu pertimbangkan sekali lagi samada nk teruskan berurusan ngn seller tu atau tidak. Dan kalau seller tu melenting lepas 2-3 soalan anda tanya, anda mungkin perlu sekali lagi pertimbangkan samada nk teruskan beli dengan seller tu atau tidak. Sebab kepuasan membeli ni bukan setakat dapat barang yang kita nk, tp bila kita dapat membeli dgn hati yang senang dan dapat membeli produk yang terbaik.

4. Baca dahulu polisi seller SEBELUM membeli
Saya pasti ramai antara kita yang xambil berat pasal polisi seller ni. Benda ni sangat penting, sebab kalau berlaku apa2 pada barang/sewaktu proses jual-beli, mungkin kita xakan dilindungi oleh apa2 hak walaupun, in the worse case, anda membuat laporan polis (jika anda mendapati anda ditipu oleh seller). Kadang2 seller boleh buat apa2 syarat dalam proses jual beli, termasuklah tidak akan memulangkan duit anda once anda dah bayar, tapi anda nk cancel order tersebut. Benda ni agak frustrating jgk la, so sebelum buat apa2 pembelian, BACA dahulu polisi dan sebagainya sebelum membeli.


5. Pastikan jenis postage yang digunakan oleh seller
Seeloknya, gunakan postage yang ada tracking number, seperti Pos Laju, Kangaroo Express, Fedex, dan sebagainya. Sebab seller semestinya tidak akan bertanggungjawab atas apa yang berlaku pada parcel, once seller dah poskan barang. Jadi, dengan adanya tracking number ni, anda boleh track parcel anda, di mana ia berada kerana kadang2 berlaku kelewatan dalam proses penghantaran atas faktor2 tertentu seperti faktor cuaca, dan sebagainya. Juga penting untuk anda tahu berapa lama masa penghantaran yang diperlukan.

6. Pastikan anda tahu nilai barang yang anda beli
Tips ini khusus utk mereka yang membeli secara online di laman web antarabangsa seperti Ebay international dan sebagainya. Sebab kalau barang anda melebihi nilai yang tertentu, anda mungkin akan dikenakan cukai tambahan dan di tahan oleh pihak kastam.

7. Elakkan daripada menggunakan kredit kad
Jika anda mempunyai kredit kad, online shopping mmg adalah "musuh ketat" anda. hehe.. Sebab kalau anda membeli secara kredit kad, anda tak perasan berapa banyak kali kredit kad anda telah digunakan, lagi2 pulak membeli di depan komputer. Silap haribulan, hujung bulan statement datang berjela2.. Jadi, saya sarankan utk guna debit kad/ internet banking/cash deposit machine. Cara ini menyebabkan anda lebih sedar brapa banyak duit yang anda telah belanjakan.

8. Bagi yang beragama Islam, pastikan produk yang dibeli adalah HALAL
Ini tidak terhad kepada produk makanan sahaja seperti kek dan sebagainya. Ianya termasuklah produk2 kosmetik, produk kecantikan seperti minuman dan pil kecantikan, kasut, beg dan sebagainya. Buat kajian sebelum membeli. Kalau membeli produk kosmetik dan produk kecantikan, pastikan bahan kandungan bebas dari produk2 haiwan seperti lemak haiwan dan sebagainya. Tips yang berguna jika anda membeli produk jenis pil, jika pil tersebut mempunyai kapsul, pastikan ianya HALAL. Sebab kebanyakan pil yang diimport dari luar negara, kapsul nya diperbuat drp gelatin binatang. (Saya telah tinggal di Australia 4 tahun dan di Jepun setahun, jadi saya berpengalaman dalam hal ini). Jika anda membeli produk seperti kasut, beg, ipod/ipad case dan sebagainya, pastikan materialnya diperbuat daripada kulit jenis apa. Kadang2 kulit tu diperbuat drp kulit khinzir. Cara nk kenal kulit khinzir adalah terdapat 3 tompok yg berulang2 pada kulit tersebut.



Diharapkan dengan adanya tips dan panduan ni, xada lagi yang tertipu ketika membeli di internet. Dan untuk next post, inshaAllah saya akan kongsikan pula tips utk penjual yang menjual secara online. Jangan xtahu, penjual pun ada juga yang kena tipu dengan pembeli tau! Hehe..



No comments:

Post a Comment