Tuesday, December 9, 2014

NATURACTOR SUMMER CAKE vs NATURACTOR PRESSED POWDER

Ramai sangat2 tanya saya apa beza Naturactor Summer Cake & Naturactor Pressed Powder ni? Ramai confuse sbb bentuk mcm nak sama, tp sebenarnya memang BERBEZA!

NATURACTOR SUMMER CAKE
Naturactor Summer Cake, seperti nama ianya sesuai dipakai pada waktu "Summer" atau Musim Panas. Tetapi memandangkan di Malaysia sepanjang tahun memang Musim Panas (& musim hujan hujung tahun ;p), so summer cake ni mmg sesuai dipakai sepanjang tahun di Malaysia.

1. Jenis kulit
Kebiasaannya, pada musim panas ramai orang mudah berpeluh. Ini membuatkan Naturactor Summer Cake sangat sesuai dipakai pada Musim Panas kerana ianya menyerap peluh dengan sangat efektif! Kalau di Malaysia, ianya sesuai dipakai oleh orang yang berkulit berminyak (oily skin) & juga bagi mereka yang sangat mudah berpeluh.

2. Fungsi
Walaupun dalam bentuk seakan bedak kompak (compact powder), tetapi jangan tersilap! Naturactor BUKAN sejenis bedak kompak tetapi adalah FOUNDATION. Oleh itu, Naturactor Summer Cake ini PERLU dipakai dengan span basah/lembab. Jangan pakai dengan span kering ya, confirm xjadi.

3. Cara penggunaan
Disebabkan Naturactor Summer Cake ini adalah FOUNDATION, jadi ia WAJIB dipakai dengan menggunakan SPAN BASAH atau SPAN KHAS bagi summer cake ni. Jika anda menggunakan span kering, Naturactor Summer Cake TIDAK akan melekat pada span kering, jadi anda tidak akan dapat hasil seperti yang diharapkan.


NATURACTOR PRESSED POWDER
Naturactor Pressed Powder -- sama seperti nama -- adalah powder yang di"pressed"kan atau bahasa mudahnya bedak kompak (compact powder).

1. Jenis kulit
Naturactor Pressed Powder sesuai digunakan utk semua jenis kulit - samada normal, kering, berminyak mahupun kombinasi. Akan tetapi, jika anda mahu menggunakan Pressed Powder sahaja, ianya lebih sesuai bagi mereka yang berkulit dry/normal. Jika anda mahu membuat as finishing touch atau touch up sahaja (pakai lepas foundation), semua jenis kulit sesuai pakai.

2. Fungsi
Seperti yang dinyatakan di atas, Naturactor Pressed Powder adalah bedak kompak. Ianya sesuai dipakai sebagai finishing powder (selepas guna foundation) ataupun sebagai touch up powder.

3. Cara penggunaan
Naturactor Pressed Powder boleh digunakan dengan span kering SAHAJA. Anda tidak perlu basahkan span utk menggunakan Pressed Powder ni. Nanti basah, susah pulak nk apply compact powder ni kan? -.-"


Perbezaan Naturactor Summer Cake dan Naturactor Pressed Powder. *Harga adalah sah semasa artikel ini ditulis, tidak termasuk pos.


To order: SMS/WHATSAPP 0133986129
Email: zunitaramli@gmail.com
Facebook: facebook.com/naturactorcollectionspage
Instagram: @elegancecosmetics

No comments:

Post a Comment