Hari ni saya nk buat review mengenai span foundation. Saya percaya ramai diantara kita menyapu foundation dengan menggunakan jari kerana beranggapan penggunaan span hanya akan membazirkan foundation sahaja. So hari ni saya nk bukti kan kenyataan tu bukan 100% tepat :)
1. Penggunaan span mampu menghasilkan make up yang lebih flawless & sempurna
Kiri: Foundation jika menggunakan jari Kanan: Foundation jika menggunakan span |
Gambar di atas adalah analogi perbezaan kalau kita menyapu foundation menggunakan jari dan span. Seperti yang kita boleh lihat, penggunaan span lebih baik kesannya kerana ia mampu menutup hampir 100% liang roma pada muka, so dapat menghasilkan make up yg cantik dan flawless. Kalau kita menggunakan jari, make up jadi agak messy, tidak dapat menutup liang pori sepenuhnya dan secara tidak lansung, kita tidak dapat menghasilkan make up yang flawless.
2. Penggunaan span mampu menghasilkan make up yg lebih sekata
Kiri: Foundation jika menggunakan jari Kanan: Foundation jika menggunakan span |
Seperti dalam gambar di atas, kita boleh lihat dengan penggunaan span, foundation nampak lebih sekata. Ini adalah penting bagi memastikan keseluruhan make up anda nampak lebih perfect dan cantik.
Jadi, jangan pandang remeh dengana penggunaan span semasa menyapu foundation. Pemilihan span yg betul juga amat2 penting dan mempengaruhi hasil make up anda. Jadi saya amat menyarankan anda untuk menggunakan span semasa menyapu foundation. Anda bukan sahaja dapat hasil yg memuaskan, malah akan nampak lebih glow & flawless!!
PS: Jika anda berminat untuk mendapat FOUNDATION SPONGE original from MEIKO JAPAN, boleh dapatkan details di link INI ya :)
No comments:
Post a Comment